Ho! Ho! HooOo!!
Happy Birthday to me~
Last rabu (27july) was my birthday yang ke 27. hehhe.. umur dah semakin meningkat. masa dah semakin singkat. banyak yang perlu aku kerjakan + kejarkan (dalam makna ni!) hehe..
ok, back to my happy birthday! aku terlalu terharu + berbangga + bahagia + lucu! hehehe.. sebabnya.. birthday kali ni adalah sesuatu yang sangat2 berbeza dari birthday aku selama 26 tahun lepas.
pagi tu.. aku bangun pagi. aku terkejut + teruja + terkesima + terharu + ter ter terperanjat bila ada sesuatu yang duduk kat kerusi work station aku. ni dia!
comel tak? comel kan??!! besarnye dia~ hehe.. thanks sangat2 kat suami. actually tak terfikir pun yang dia akan belikan big bear nih. tp selama ni penah la saje main2 ckp ngn dia yang aku teringin sgt nk bear besar ni. (sejak 2 3 tahun lepas dah dok ckp2 sbnrnya.. tp tak dpt2.. hahahahaa) so.. dh lepas 2 tahun kawin.. tibe2 dpt plak!! berbesar hati sunggoh! hehehe.. so, ape lagi.. benda dah dapat.. aku gomol2 la big bear ni. kak lulu pun sibuk nak tengok.
kak lulu teringin jugak big bear kot? kesian dia.. abg donny tak belikan utk dia. hehe.. pastu call la encik suami di ofis sambil tegelak2 ketawa2. hekehkee.. tapi.. ingatkan kejutan habis dah.. rupanya malam tu suami ajak kluar makan. biasanya.. special request bila birthday, mmg Secret Recipe. dah siap2 nak pegi.. time nak masuk kete.. tibe2 kat seat aku ada sejambak bungaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! hahahahhahhaa.. aku tak pernah dpt bunga seumur hidup melainkan bunga time convo ar. hehehhe.. teruja + tertawa + terkejut mcm2 lg lah. hehehhe.. sweet la pulak suami aku ni. kalau tidak.. mmg tak romantik langsung! ahhahha..
last skali.. thanks to suami tersayang. dengan birthday suprise yang sangat suprise. dan.. kita sangat terharu + berbesar hati + teruja + seronok sekalian alam sebab tak pernah dapat big bear + bunga dari orang lain selain abang sorang! ;)
I LOVE YOU SO MUCH!!!
Thursday 28 July 2011
Sunday 24 July 2011
Khasiat Kurma, Kismis & Madu
Sabda Rasulullah SAW: "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."
KEBAIKAN KURMA KETIKA MENGANDUNG DAN BERSALINAdalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.
Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS.
Buah kurma tidak mengandungi gula yang membahayakan malah ia merupakan makanan Rasulullah SAW.
Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Apa yang harus puan buat, makanan-makanan manis yang lain puan jauhkanlah.
Buah kurma tidak membahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.
1) KURMA
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".
Abu Abdillah berkata: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".
Abu Abdillah berkata: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".
Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".
2) KISMIS
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".
Imam Ali berkata: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".
Imam Ali berkata: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa".
Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-Thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".
3) MADU
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWT telah meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".
Dari Imam Ali, beliau berkata: "Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Rasul SAW sangat menyenangi madu".
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq, beliau berkata: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".
Wallahu a'lam.
Thursday 14 July 2011
Family Portrait
Oh!
Hampir terlupa.. tadaaaaaaa!! inilah mereka.. 1 Happy Family~ Mak, Bapak, Anak2 smua tido ramai2. Best kan? Pandai abg donny jaga anak2 dia. Kak lulu pulak... mmg terlalu2 jaga anak2 dia. Sikit2 carik, sikit2 panggil bg minum susu.. haihh.. Kasih sayang!
3 Super Nakal!
haa.. hye All! lama tak memblogging. busy sampai tak terlalu nak berblog. hehehe.. seperti yang dijanjikan. ni 3ekor kiut miut adalah anak kak lulu dan abg donny. skang umur dah hampir 2bulan. nakal2 semuanya!! hehhehehhee..
ok la. sambung nnt! ;)
Wednesday 18 May 2011
kak lulu bersalin!
ahaa.. lagi cerita pasal kak lulu! ingat kak lulu? my lovely pets.. hehe.. tp bukan cerita yang menyayat hati ar.. baca tajuk pun dah tau kan?
sabar sabar..
yup yup..
kak lulu bersalin!!
hehehe.. ada 2ekor anak dia. tp yang masih merisaukan.. mungkin ada lagi beberapa ekor dalam perut dia. sbb perut dia still besar lagi. alahaii...
yang 2ekor tu warna dia tak la 'seputih' kak lulu.. tp ikut warna bapak dia (si donny). hehehe..
nnt aku upload gambar dorg 1keluarga yea ;)
sabar sabar..
yup yup..
kak lulu bersalin!!
hehehe.. ada 2ekor anak dia. tp yang masih merisaukan.. mungkin ada lagi beberapa ekor dalam perut dia. sbb perut dia still besar lagi. alahaii...
yang 2ekor tu warna dia tak la 'seputih' kak lulu.. tp ikut warna bapak dia (si donny). hehehe..
nnt aku upload gambar dorg 1keluarga yea ;)
Sunday 15 May 2011
ketinggalan zaman
ahaa.. topik harini adalah tentang ketinggalan zaman.. skang smua benda nk kena upgrade. kalau tak upgrade akan terasa mcm ketinggalan zaman. betul tak? contohnya mcm Astro. dulu yg ada, TV1, TV2, TV3, NTV7, TV8, TV9. skang.. smua orang (kebanyakkannya) dh ada Astro. bila ada astro.. smua rasa dh abes canggih. TAPI.. pihak astro kluarkan pulak product baru. macam2 idea dorg ni nak carik duit. contohnya Astro Beyond.. skang pulak ada Astro Beyond PVR. alahaiii.. macam2 nak kena upgrade. smua pun nak kena bayar. pokok pangkal skang ni smuanya DUIT!!
kalau dulu, 1st handphone aku Nokia 3310. aku rasa dh cukup hebat sangat dah. tp cuba bagi budak2 zaman skang pakai handphone Nokia 3310? hahaha.. mesti dorg ketawa terbahak2 agaknya! ye la kan.. zaman dh berubah.. smua pun nak canggih2. handphone tade camera, dorg tanak.. tade wifi pun tanak.. alahaiii.. yg penting, kena beringat selalu..
'Jangan kita terlalu pengejar zaman.. biar kita ketinggalan zaman.. jangan kita gila berzaman2 disebabkan terlalu teruja nak upgrade smua benda2 moden.'
Friday 13 May 2011
tercekik pil besar!
korang suka telan pil? suka telan pil yang besar? tak suka kan?? penah ada rasa nak tercekik? masih selamat? belum tercekik yg kritikal? wahhahahhaa..
sekarang aku tengah dalam prosess membetulkan sistem dalam badan. so, aku dicadangkan (dari sahabat handai dan terdorong dgn research di internet) untuk amik supplement. aku pun dah beli supplement untuk dimakan. tapi.. pil tu.. mak datukk! besar daaa...
dan tadi.. aku tercekik! terus aku minum 1botol air mineral. huhuuu.. bagus pun.. sbb aku susah je nak minum air mineral banyak banyak. kirenya.. aku berjaya menyahut seruan untuk meminum air dengan lebih banyak memandangkan cuaca negara kita sekarang sangat 'sejuk'.
;)
sekarang aku tengah dalam prosess membetulkan sistem dalam badan. so, aku dicadangkan (dari sahabat handai dan terdorong dgn research di internet) untuk amik supplement. aku pun dah beli supplement untuk dimakan. tapi.. pil tu.. mak datukk! besar daaa...
dan tadi.. aku tercekik! terus aku minum 1botol air mineral. huhuuu.. bagus pun.. sbb aku susah je nak minum air mineral banyak banyak. kirenya.. aku berjaya menyahut seruan untuk meminum air dengan lebih banyak memandangkan cuaca negara kita sekarang sangat 'sejuk'.
;)
Subscribe to:
Posts (Atom)